03 - 4131 7460 admin@averagedrone.my

Perjumpaan Drone di Johor

Average Drone Shop telah dijemput untuk membuat pertunjukan dan pameran sempena sambutan Hari Perbandaran ke-14 anjuran MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH pada hari Sabtu 9 May 2015 yang bertempat di Dataran Sekapur Sirih, Hutan Bandar MPJBT, Mutiara Rini, Skudai Johor.

Pihak kami berasa amat terharu apabila ramai ahli Facebook : Drone Malaysia telah hadir turut serta untuk menjayakan majlis tersebut yang datang dari pelbagai pelusuk negeri seperti saudara Matdi, Yuzri Adam, Munir HSE, Helmi Rizal, Awisqarni, Booden dari kawasan tengah KL. Paling terharu ialah team Johor – Pian (abang kawasan) Naim Roslan (timbalan abang kawasan), Fahmi tazbay , MidiHisamuddin , Sofian, Syukur, Felix, Vaperz HD, Raden dan Team Johor lain-lain lagi yang berjumlah lingkungan 40 orang cukup sporting turut hadir untuk menjayakan majlis ini. Mengikut pengalaman kami mengenai drone di Malaysia, kami menjangkakan ini adalah perjumpaan drone antara yang terbesar di Malaysia.

Pesta pertunjukan tersebut telah dijalankan dengan gilang gemilang apabila mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat drone Johor dan merata kawasan sekitarnya termasuk dari Singapura.

Kami dengan rendah hati rasa ingin berterima kasih kepada pihak penganjur dan semua peserta serta peminat drone yang telah hadir. Kami bersyukur perjumpaan ini telah berlangsung dengan jayanya dan harap ini akan memberi pembaharuan teknologi kepada pihak Majlis Perbandaran Johor. Sekian dari kami – Majulah Sukan untuk Negara.